Kata Ibnu ‘Abbas: Masjid-masjid adalah rumah Allah di muka bumi ini, ia bercahaya pada pandangan penduduk langit seperti bintang bercahaya pada pandangan penduduk bumi. Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar : Seorang telah bertanya kepada Nabi sawww: Permukaan bumi manakan yang paling baik dan yang paling buruk? Jawab Baginda Sollahu Alaihi Wasallam: Sebaik-baik bahagian di bumi adalah masjid dan seburuk-buruknya adalah pasar. (HR al-Tabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsat)
Daripada Abu al-Darda’, sabda Nabi Sollahu Alaihi Wasallam : Masjid adalah rumah orang yang bertaqwa, Allah meberi jaminan terhadap seseorang yang masjidlah rumahnya (yakni banyak masanya dihabiskan di masjid) bahawa dia akan mendapat kerehatan, rahmat dan kelepasan ketika meniti titian sirat untuk pergi kepada rahmat Allah, iaitu ke syurga. (HR al-Tabarana dan al-Bazzar)
0 Komentar untuk "Kelebihan Berjalan Ke Masjid"